Syihab Weblog


TamanRahsia yang tiada rahsia...






syihab
October 1st
Male
Kedah

Profail

Nama:Syihab Firdaus
Nickname: irda82
Lahir: 1 Oktober 1982 /
12 Zulhijjah 1402 H
Asal: Sg Petani, Kedah
YahooMessenger: syihab82
E-mail:
syihab82 [at] yahoo.com
Friendster: friendster.com/4667013
(add guna email syihab82 [at] yahoo DOT com)

Anda Pelawat Yang Ke-
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, September 02, 2007
senyumlah,maafkanlah...

 

Ada apa dengan Adobe Photoshop... ?

 * Maaf *

 


Posted at Sunday, September 02, 2007 by syihab
Baca komen (1)  

Saturday, September 01, 2007
kalau letak...

kalau aku letak gambar ni,apa jadi?


Posted at Saturday, September 01, 2007 by syihab
Tulis komen anda  

Wednesday, August 15, 2007
senarai mp3

Ni senarai mp3 nasyid yang aku ada. Yang bukan nasyid pun ada,tapi tak payah la letak kat sini sebab topik ni nak cakap pasal nasyid mp3 je. Heh,nasyid mp3 ke, mp3 nasyid? Takde maknanya...saja je nak letak. Apa-apa ajelah. Aku letak nama album saja.

-Ae Man
-Akhil Hayy – Nasyid Lagenda
-Alarm Me
-Al-Jawaher – Unggul
-Amal
-Amar – Kiasan Naluri
-Arab
-Azan-koleksi azan
-Bonus – (Lagu Arab & yang takde dalam album)
-Brothers-Satu Perjuangan
-Brothers-Untukmu Teman
-Brothers-We Are
-Caliph
-DeHearty
-Devotees
-Durrani
-Far East
-Firdaus - Dunia Yang Lebih Indah
-Haddad Alwi & Sulis
-Hijjaz
-Hijjaz – Jalan Bahagia
-Hijjaz – Pelita Hidup 3
-I Look, I See (Lagu My Mother,Yusuf Islam dll)
-In Team – Damba Kasih
-In Team – Impian Kasih
-In Team – In Team 04
-In Team – Kasih Kekasih
-In Team – Tiada Lagi Kasih
-Islamik (bukan mp3. Koleksi flash islamik)
-Kalimah Cinta
-Lagu kahwin
-Lagu lain yang takde dalam album,macam lagu tema drama Mutiara Hati,dll
-Lagu Raya
-Lambaian Kasih
-Mawaddah – Hidup Bertuhan
-Mawaddah – Islam Hadhari
-Mawaddah – Peribadi Contoh
-Mawaddah – Sayangi Tuhan
-Mawaddah – Takutilah Tuhan
-Mawaddah – Tsunami Pembawa Mesej Dari Tuhan (tak best sgt)
-Mawaddah Internasional
-Mawaddah Kecil
-Mawi – marhaban,berzanji
-Mestica
-Mestica – Layar Keinsafan
-Mirwana (zaman lama)
-Mirwana 2
-Mustika
-Nahwan Nur
-Now See Heart
-Now See Heart – (taktau tajuk album dan tajuk lagu)
-Now See Heart – Selawat 10 Hajat (tak lengkap)
-Nur Kasih v.2 (Inteam,Firdaus,Hijjaz,dll)
-Qatrunnada
-Qatrunnada – Kelahiran
-Quran – Abd Basit (Yaasin & Al-Mulk)
-Quran – Abd Rahman As-Sudais (tak lengkap)
-Quran – Juzuk Amma (Hijjaz,Inteam,dll)
-Quran – Mishari Rashid Al-Afaasy (tak lengkap 30 juzuk)
-Quran – Muhammad Jibril (surah2 pilihan shj)
-Quran – Saad Said Al Ghamidi (30 juzuk)
-Quran – Wafiy (Fatihah,Al Alaq hingga An-Naas)
-Rabbani
-Rabbani – Aman
-Raihan
-Raihan – Demi Masa
-Raihan – Gema Alam
-Rangkaian Selawat (Ust Asri Ibrahim – Rabbani)
-Roh Munajat (Ust Asri Ibrahim – Rabbani)
-Rusydan
-Saujana
-Saujana – Rahsia
-Shoutul Amal
-Shoutul Amal
-Suhaimi – Kias Cinta
-The Zikr (zaman Nazrey Raihan dalam Arqam)
-Tuan Hj Radzi Kamarul Hailan (taranum al-Quran)
-UiTM (lagu2 UiTM)
-Unic – Satu Tekad
-Unic – See U Di IT
-Unic – Unic
-Waheeda
-Zikir 2 (Hijjaz)
-Zikir Munajat (Munif,Akhil Hayy)

Muzik:
-Bonus – Muzik (muzik2 instrumental spt Kitaro,Vanessa Mae,dll)
-Kitaro – Ancient (instrumental)
-Richard Clayderman (instrumental)
-Vanessa Mae (instrumental)
-Yanni (instrumental)


Posted at Wednesday, August 15, 2007 by syihab
Tulis komen anda  

Friday, August 03, 2007
koleksi mp3 nasyid

Ok,lupakan pasal gambar sebelum ni,buka topik baru.

 Aku ada kumpul koleksi mp3 nasyid dalam PC aku,walaupun aku tak dengar sangat. Saja je buat koleksi. Nak kata banyak,takde la banyak sangat,tapi jumlah semua koleksi mp3 nasyid yang aku ada tu, boleh muat dalam 5 @ 6 keping CD. Tak semua mp3 mempunyai kualiti audio yang tinggi sebab biasa aku convert guna 96kbps. Nak kualiti yang tinggi lagi,kena beli album original.

 Mp3 yang ada, lagu nasyid lama,juga album2 baru. Setakat ni yang paling baru aku ada, album terbaru kumpulan FIRDAUS, "Dunia Yang Lebih Indah". Album Inteam terbaru yang menampilkan Hisyam (kumpulan DeHearty/bekas ahli Inteam) aku belum ada lagi. Kalau sapa2 ada boleh la kongsi aku. Hehe. Kalau ada mp3 dari album nasyid yang aku takde pun,aku nak. Saja je nak kumpul koleksi bagi banyak walaupun tak boleh banyak macam bukit. Yang bukan nasyid pun ada,tapi sekarang ni aku bercakap pasal mp3 nasyid. [Huhu,apa berbelit2 aku tulis ni.]

 So,sekarang nak offer...saper nak mp3 yang aku ada?


Posted at Friday, August 03, 2007 by syihab
Tulis komen anda  

Monday, July 30, 2007
sambungan gambar edit

Salam...

Selamat menyambut bulan Rejab - Sya'ban - Ramadhan.

Hurm,hari tu buat gabung gambar dengan tudung ditukarkan warna menjadi hijau. Ada orang minat ungu kan,so,kita try tengok menjadi ke tak...


Posted at Monday, July 30, 2007 by syihab
Baca komen (1)  

Wednesday, July 11, 2007
hidup ini...

Hidup,an introduction...
Hidup ini kadangkala memenatkan...memang memenatkan

(gambar ni takde kaitan)

alamak...gambar terpaksa dikecikkan. abis berpetak2. view it in original size : http://img.photobucket.com/albums/v229/irda82/gotongroyong2.jpg


Posted at Wednesday, July 11, 2007 by syihab
Baca komen (1)  

Wednesday, July 04, 2007
hobi aku sekarang

Ni hobi aku sekarang - dok mengadap komputer. Tapi taktau lak ni sebenarnya hobi atau mengisi keboringan. Saja nak create sesuatu yg menarik di minda. Brzz...

   


Posted at Wednesday, July 04, 2007 by syihab
Baca komen (3)  

Friday, June 22, 2007
wallpaper ukhwah dll

Assalamualaikum.

Hari ni hari Jumaat,hari raya seminggu sekali.
Sebagai ingatan bagi kita sebagai insan yang selalu lupa...

Firman Allah mafhumnya:
 "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan mengucap salamlah kamu kepadanya"

Erm,hari ni nak upload 'kerja masa lapang' @ 'hobi' aku...sekadar design benda2 biasa.

Ni wallpaper utk ukhwah.com. Tapi wallpaper ni hanya 'sah' mulai bulan Julai sampai Disember 2007. Hehe. Susunan kalendar aku ambik dari Publisher. Penat gak nak menyusun nombor satu per satu,nak copy & paste saja dia tak tersusun.
(saiz imej dlm blog dikecilkan. Nak tgk saiz sebenar,right click kemudian save...)

Ni jelah yg boleh upload. Line internet slow la... Huhu. Lain kali aku update 'gambar skandal'. Hehe


Posted at Friday, June 22, 2007 by syihab
Tulis komen anda  

Saturday, June 09, 2007
haritu pi kenduri


Ni kenangan lama... :http://kaze.fotopages.com/?entry=100659


Ahad 1 jun 2007

malam ni set alarm kat hp banyak2 supaya esok tak terlajak...esok dan lusa ada program: nak pergi kenduri,meraikan pengantin baru. Esok, kenduri sahabat masa sekolah dulu. Lusa pulak kenduri sahabat dari ukhwah.com. Rancangannya,nak pergi bersama kawan dari ukhwah.com.
 



sabtu 2 jun 2007

~ cerita yang hidup atau cerita tentang hidup? ~

Hari ni kenduri kahwin sahabat waktu sekolah, Siti Sarah Misbah kat Taman Desa Jaya. Lepas sekolah,dah lost contact dengan bebudak semua,then dia masuk UUM. Masa kat ukhwah.com, aku kenal pulak sorang sahabat dari UUM gak, simple_shida. Kebetulan dia kawan kepada si Sarah, so kitaorang pun kenal la balik. Tu je asal usul cerita ni.

12.45tgh : Hari ni,ntah macam mana,aku lewat sikit dari waktu dirancang. Pukul 12.45tgh aku keluar dari rumah ke stesen bas Sg Petani, sahabat aku,simple_shida dah baper minit dah sampai dari Perak. Jauh dia mengembara semata-mata nak hadir kenduri kawan. Huhu. Kalau ikut rancangan asal,simple nak datang dengan ismi_safiza, tapi kwn tu kena jadi pengapit pengantin kat tempat dia pulak, so simple ni datang sorang. Kami nak pi kenduri, bukan berdating yer...

Then,kami mendaki bas menuju ke pasaraya TESCO. Bukan la kenduri tu kat pasaraya ni,tapi rumah kenduri tak jauh dari TESCO,ni singgah nak beli hadiah je. Pusing punya pusing,setelah dibuat kira-kira berdasarkan pengalaman juga berkat tunjuk ajar guru, kami pun beli satu set cawan + kertas pembalut + kad ucapan. Lepas bayar,bagi je kat kaunter perkhidmatan minta diorang balut. Bagus dak diorang ni,cekap je buat kerja tanpa banyak songeh. Kalau nak harap aku balut, ntah bila nak siap. Hehe.

Dah siap balut dan solat kat surau,satu masalah pulak yang difikir dari semalam : macam mana nak pi rumah kenduri? Naik teksi atau jalan kaki? Sebenarnya bukan masalah, tapi lebih kepada pertimbangan sewaktu membuat pilihan. Aku sebagai anak jati Sg Petani menjadi pemandu pelancong dengan memberi penerangan tentang kedudukan dan jarak kami dari TESCO ke rumah pengantin. Akhirnya dengan hati tekad, kami buat keputusan nak berjalan kaki je. Nak tunggu teksi,entah bila nak dapat. Nak suruh keluarga pengantin jemput, mungkin diorang sibuk, jadi pilihan tu terpaksa ditolak. Kesian si simple ni, dah la datang jauh-jauh,sekarang kena jalan jauh pulak nak ke rumah pengantin.

Setelah berjalan beribu batu (batu kat jalan raya tu kan beribu-ribu), kami pun sampai. Pastu,tercegat sekejap, sebab tak kenal mana satu family Sarah ni nak hulurkan hadiah. Tapi akhirnya,aku menuju perlahan kepada seseorang yang nampak rupanya macam iras-iras Sarah. Betul jugak firasat aku.

"Ni kawan Sarah ke?" perempuan tu tegur dulu. (Lepas habis makan baru tau tu kakak dia. Ingatkan adik)

"Ya,kawan waktu sekolah".

"Ni kawan Sarah ke" seorang lelaki (akhirnya dikenali sebagai Cikgu Misbah @ bapa pengantin)

"Kawan ke anak murid ke,taktau la" kata kakak kepada pakcik Misbah.

"Kawan waktu sekolah,datang dengan kawan tu" muka dengan tangan aku menghala kepada Shida.

"Owh. Nak jumpa Sarah ke. Masuk la dulu."

"Sat lagi la. Saya makan dulu kot."

"Nak makan dulu takpa,nak masuk rumah pun boleh,hari ni hari kenduri."

Aku pun serah hadiah yang beli tadi kat Shida lalu 'melarikan diri' ke khemah makan lelaki. Hehe. Nak masuk segan sebab tengok ramai sangat perempuan dalam rumah. Aku pun belum jumpa lagi dengan Shah, pengantin lelaki.

Waktu tengah ambil makanan,ternampak sahabat satu sekolah juga,kat khemah perempuan. Aku cuma senyum je,takde masa nak tegur waktu ni. Lagipun, aku kan pemalu. Hehe. Berbalik kepada budak tu,Sofia, waktu sekolah dalam tingkatan 1-3, dia merupakan pelajar cemerlang. Nama dia tercatat dalam majalah sekolah sebagai antara pelajar terbaik Sek Men Keb Khir Johari bagi PMR 1997. Tapi bila masuk tingkatan 4-5 (SPM), keputusan dia biasa2 saja, lalu kurang kedengaran lagi pujian tentang dia. Kata orang, dia tak suka dengan subjek,yang 'dipaksa' oleh cikgu. Waktu tu bukan guna sistem terbuka macam sekarang, nak ambil subjek apa pun boleh. Hmm,tak baik paksa-paksa ni. Kesannya kepada individu tu. Bukannya kalau result dia cemerlang atau teruk, cikgu tu nak tanggung.

Oklah,taknak berleter. Aku makan sikit jer,sebab nanti nak jalan lagi. Kalau aku makan + minum banyak, aku jadi sakit kat bawah abdomen bila berjalan. Aku pun taktau sakit jenis apa,lain kali la pi check kat doktor, selalu je lupa. Lepas makan kami masuk tengok rumah pengantin. Lepas bercerita serba sedikit tentang perjalanan kami nak datang ke sini, bapa pengantin mengesyorkan kakak tadi hantar kami ke stesen bas dan kakak tu meng-offer nak hantar. Aku tengok Shida setuju je,hm,memang sah dia letih berjalan tadi.

3.30 ptg, sampai stesen bas SP. Dia ambil bas ke Butterworth pukul 4ptg, lepas tu aku pun balik. Dia pi tidur rumah kenalan dia kat sana,kebetulan esok kenduri kasih_kekasih dekat2 B'worth.

Keep this day in memories...


Ahad 3 Jun 2007

Hari ni kenduri kahwin kasih_kekasih dengan pasangannya syuk, jugak ahli ukhwah.com. Entah macam mana diorang kenal atau jumpa,aku taktau. Hurm,tahun ni ramai pasangan ukhwah.com berkahwin sesama sendiri.

Sekitar pukul 10 pg @ 11 pg, baru tau kata motor rosak. Nak hantar repair, kedai tutup pulak,hari Ahad. Dlm kul 11.30pg, hantar SMS kat shida kata tak dapat pergi kenduri, so dia pergi sorang je. Nak naik bas, dari sini entah berapa lama nak tunggu bas, pastu nak ambil bas ke B'worth lagi, rasanya dah tak sempat nak pergi ikut perancangan.
Manusia merancang, ALLAH yang menentukan... Wallahu a'lam.


Posted at Saturday, June 09, 2007 by syihab
Tulis komen anda  

Sunday, March 11, 2007
Kalendar mac 2007

Isi blog ni kebanyakannya dari 'fikiran' aku. Maknanya,apa yang aku terfikir atau terasa nak tulis,aku tulis (taip) ajelah.

Erm,ada orang marah kat aku...

" Kenapa awak suka tulis nonsense? Are you wishing yourself to die? Honestly,i felt dissappointed sangat bila baca your blog. Awak macam takde semangat nak hidup. Why? I have my own problems too, everybody does. Ya,kita digalakkan mengingati mati, tapi bukan sampai berharap nak mati & takde spirit nak hidup. Anyway, hor are you?
 Ok,maybe i'm not qualified to critics your idea, tapi tulisan awak tu full with anger, don't you realized? "

Hurm...ni nak promote sikit. hehe. Suka tak tengok cerita macam Power Rangers, Suria Perkasa Hitam, dll? Kalau macam tu,nak promote cerita Masked Rider Kuuga. Cerita dia lebih kurang macam Masked Rider yang lain,tapi aku rasa yang ni lagi best. Taktau nak cerita,kena tengok sendiri la baru tau perbezaannya. Cerita dia macam delevope power sedikit demi sedikit.

 

Ok,actually nak 'update' dengan 'kerja masa lapang' - Kalendar MAC 2007. Aku guna ni sebagai background wallpaper untuk komputer aku... Kalau nak,ambik jer,save,then guna la. Aku taktau nak design macam mana,takde idea la,so aku biarkan kosong jelah.

 

Ni untuk warna hijau...

 

 

 

Ni untuk warna biru...

 

 

 

 


Posted at Sunday, March 11, 2007 by syihab
Baca komen (1)  

Previous Page Next Page