Syihab Weblog


TamanRahsia yang tiada rahsia...






syihab
October 1st
Male
Kedah

Profail

Nama:Syihab Firdaus
Nickname: irda82
Lahir: 1 Oktober 1982 /
12 Zulhijjah 1402 H
Asal: Sg Petani, Kedah
YahooMessenger: syihab82
E-mail:
syihab82 [at] yahoo.com
Friendster: friendster.com/4667013
(add guna email syihab82 [at] yahoo DOT com)

Anda Pelawat Yang Ke-
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, February 17, 2009
I'll be here


(design baru : gambar pokok + gambar buku + gambar corak kayu + gambar rumput)
(Tu la masalahnya,minat benda2 pasal komputer,tapi pi belajar bahagian lain... Sabo jelah)

Assalamualaikum...

Saya kembali lagi ke Taman Rahsia! Hehe. Ntah berapa kali la buat "comeback". Kalau artis takpe gak.

Kepada yang nak minta muzik 'domini' tu,ambillah. Saya dah letakkan linknya kat posting sebelum ni...tapi dah tak ingat ambil dari mana asalnya.

Terima kasih buat yang 'masih' mengunjungi blog saya. Terima kasih juga kepada yang sudi meninggalkan komen untuk posting saya,juga yang memberi mesej di 'kotak jerit' (shoutbox).

Hari tu ada jumpa seorang pensyarah,sori la terlupa pulak nama dia,kata beliau,rakannya (pensyarah saya la jugak),Pn Noorain Omar ada tunjukkan blog saya kepada beliau. Hehe,takde apa yang bangga pun,cuma senyum je bila ada pensyarah saya baca blog ni. Waktu mula-mula saya belajar dengan pensyarah ni,untuk subjek Financial Management kalau tak silap. Garang giler,takut aku. Semester selepas tu,saya belajar Financial Accounting pun dengan beliau,yang peliknya dalam kelas ni beliau baik pula dengan pelajar. Pelik,susah juga nak jadi pensyarah ni ye, kena jadi garang dan baik untuk subjek berlainan. Hehe,lawak je ye.
Smile

Sebab apa saya lama tak update blog? Hurm,mungkin sebab sibuk. Tapi sebenarnya tak sibuk sangat pun, cuma akhir-akhir ni,saya selalu kemalangan,kemalangan,dan kemalangan lagi...!

Perkembangan terkini
Hurm,hari tu ada pegi temuduga kat sebuah accounting firm. Masalah aku pegi tu tak sempat nak 'study' dulu. Sekali bos yang temuduga tu tanya sikit soalan pasal akaun daa.. Terkulat-kulat juga nak menjawabnya,dah berapa bulan tak tengok buku akaun. Takpe,takpe. Jadikan ini sebagai pengajaran buat saya,dan sahabat sekalian.

Dalam kesempatan ni,saya nak kongsi satu lirik lagu. Lagunya sedap dan lembut,kalau nak dengar lagunya boleh cari di internet atau ambik dari saya. Saya tujukan buat anda yang bergelar rakan,sahabat,adik,dll...
terimalah...

Shoulder To Cry On...

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on...

Tu je lagunya. Akhir kata...petikan dari game Final Fantasy 8:

I'll be here
waiting for you
so if you come here
you'll find me...

Hehe. Jumpa lagi :-)


Posted at Tuesday, February 17, 2009 by syihab
Baca komen (4)  

Wednesday, December 24, 2008
Mana satu betul?

Dlm filem2,misalnya filem hindustan,slalu brbicara ttg cinta sejati. Ada plbagai teori. Antaranya,jika cinta sejati,biarkan orang yg kita cintai itu pergi,berbhgia dgn org lain,jika dia mencintai orang lain. Lagi satu, jika cinta sejati,lakukn apa saja utk mendapatkannya,termasuk beberapa minit sebelum perkahwinan dia Haha.
Yg mana betul? Secara umumnya,brgantung kpd keputusan @ mengikut kata hati.. Apapun pilihan yg dibuat,kedua2 pilihan,mrupakn suatu keputusan..



Posted at Wednesday, December 24, 2008 by syihab
Baca komen (2)  

Monday, December 15, 2008
kata orang 2

Kata orang, Untuk apa menyimpan kenangan,andai cuma menyakitkan.

Kata orang lagi, Simpanlah kenangan,itu tanda kita memahami dan mampu teruskan kehidupan...


Posted at Monday, December 15, 2008 by syihab
Baca komen (2)  

Thursday, October 23, 2008
Nak muzik tu?

Ok,kepada yang meminta muzik yang aku letak dalam web ni, boleh ambik kat sini (right click,save as...)

Posted at Thursday, October 23, 2008 by syihab
Tulis komen anda  

Selamat Hari Raya 1429 H

Assalamualaikum.
Wow...lamanya aku tak update. kali terakhir pun selepas tokwan aku meninggal.
Gambar atas tu waktu aku tengah jaga gerai ice blended kat TESCO Sg Petani. Ala,ambik upah jaga gerai je,kadang-kadang je pergi kalau diorang minta. Sebelah gerai ni,gerai keropok lekor Pak Ngah aku...

Hurm... Kalau diikutkan,Hari Raya Aidil Fitri sekejap jer,tapi menandangkan rakyat Malaysia yang meriah ini "menyambut" raya selama sebulan,kiranya sempatlah aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" buat pengunjung blog ni...

Ni 'kad raya' yang aku buat untuk tahun ni. Sebenarnya tak berapa ada idea,kononnya nak buat yang ada corak-corak,yang bersifat korporat,tapi tak jadi-jadi jugak. Akhirnya setelah "projek" membuat kad ni bermula sejak seminggu sebelum raya sampai la dah nak dekat habis bulan Syawal ni,lahirlah kad versi warna warni ni, Hihi.

 


Posted at Thursday, October 23, 2008 by syihab
Tulis komen anda  

Wednesday, April 16, 2008
Al Fatihah buat tokwan

Assalamualaikum.

Terima kasih buat yang datang melawat blog ni.
Cuma nak maklumkan,satu-satunya tok wan saya (tokwan=datuk/lelaki=grandfather) sebelah mak, Hj Othman Bin Saad telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat,8 April 2008, lebih kurang jam 10 mlm...setelah seminggu berada di hospital  dan seminggu di rumah.
(Kemalangan pada Khamis 20/3/2008)


Posted at Wednesday, April 16, 2008 by syihab
Baca komen (2)  

Monday, March 31, 2008
kata orang

Kata orang "Lupakanlah masa lalu..."

Tapi kadangkala, pengalaman masa lalu dapat membantu kita menghadapi masa sekarang dan masa hadapan dengan lebih baik...


Posted at Monday, March 31, 2008 by syihab
Tulis komen anda  

Perang harga!

Assalamualaikum.

Dah hampir setengah tahun aku tak update,last aku update waktu bulan puasa tahun lepas. Huhu. Kiranya ni entry pertama untuk tahun ni...

Perang harga di Sg Petani!
Rangkaian pasaraya besar yg kata harga mereka murah,seperti Tesco,Giant,Econsave dah 'berlabuh di Sg Petani. Econsave siap ada 2 cawangan,kat Taman Patani Jaya & Bandar Puteri Jaya.
Tu tak termasuk pasaraya 'biasa' sedia ada,seperti The Store di Central Square & SP Plaza,Billion di Tmn Bandar Baru (tepi sungai),Parkson Ria (Taman Sejati Indah),yang baru buka,Pasaraya G-mart di Bakar Arang.
Nampaknya orang sp mmg suka membeli belah,kalau tidak takkan pasaraya2 ni nak 'bermastautin' kat sini. Nasib baik belum ada pasaraya besar yang lain,contohnya Carrefour,kalau tak, lagi perang harga la,dan orang pun taktau mana nk pegi. Tp org yg bijak, (mcm aku,hehe) ,akan buat pemantauan harga dan beli barang berlainan di pasaraya berlainan,sebab barangan tertentu lebih murah di pasaraya tertentu... :-)


Posted at Monday, March 31, 2008 by syihab
Baca komen (1)  

Sunday, September 23, 2007
nak ucapkan selamat berpuasa

Takde apa-apa... cuma nak ucapkan selamat berpuasa je...


Posted at Sunday, September 23, 2007 by syihab
Baca komen (1)  

Monday, September 03, 2007
sedih itu apa?

Sedih itu apa ha?

 

 Sesekali merenung ke jendela...

 Menjejak 'missed call'

 


Posted at Monday, September 03, 2007 by syihab
Baca komen (3)  

Next Page